Sunday, January 11, 2015

KAKYA KAHWIN PART 1

weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy oemjiiii. im married!! hahahahha tak sangka kan. hahahaha hahahahaha hahahahahaha. 

tulaaa orang kata jodoh, bercinta macam nak rak dengan orang lain. akhirnya bertemu jodoh dengan orang lain. tadi macam banyak idea now taktau nak tulis apa. hahahah meh la nak share sikit. 

mana kenal suami tu?
suami ai? classmate ai. hahhahahaha. dari form 1 dah kenal. tak pernah terfikir akan kahwin dengan dia.

siapa ngorat siapa?
entah lah.tiba tiba jadi rapat. rasa selesa kot? hahahah!

macam mana boleh terima dia?
lepas main badminton dia ajak kahwin okbai!

sempat bercinta tak?
takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! hahahaha rapat bulan feb 2014 mcm tu kot. bulan 3 dia pergi training kat sabah. bulan 4 kami pi kursus kawen. bulan 6 kami tunang. tup tup ayah suruh kawen bulan 11. hamek kau! 

so sempat tak buat persiapan kawen?
sempat jer. dulu kan mana yang penting. hahahah tapi sebenarnya semua buat last minit!! jangan tiru kita. kepakaran kita mmg buat kerja last minit. hahahaha

kawen mekap sendiri ke?
mestilah tak!! asalnya nak mekap sendiri jer konon nak jimat tapi masa tu bakal suami tak bagi. hahahaahah

poyo ngat. ai tak reti la nak tulis persiapan semua. so sini ai share la butik mana mekap siapa semua ek. hahaahha

_____________________________________________________________________________
HANTARAN
hantaran ni dengan bangganya nak bagi tau ai buat sendiri. hahahahaa
tapi bunga tu ihsan wana ngan bella. cantik kan hahaha. dulang ibu ai punya. lain-lain ai buat. so siapa nak tempah boleh roger. ahhahaah ai tak suka serabut2 simple is a must!





 *maafkan pearl yg tergolek tu*

wana sponsor kek lagi thanks wanaaaa! muah!

PELAMIN NIKAH
pelamin nikah ni last minit jugak. nampak ekslusif tak? ke biasa jer? hahaha ai terkejut tengok kerusi gedabak tu. tapi takpe la yang ni ayah belanje. hahahaah RM 500 jer ni. (taktau la kalau 2015 harga baru kan) memang unplanned la warna purple semua. tiba2 rasa macam dah dapat satu theme. btw ai suka classy. ekslusif. baby blue ke mint green ke ai no likeeeeeeeeeeeee. hahahaha yang ni dari Zunnur Bridalicious Art , Kuala Pilah boleh contact Lin atau Khai. diorang owner. hehe. 



ni gambar without flash hahaha bunga pahar pink purple tu makcik sponsor

BAJU NIKAH 
ahaaaa baju nikah ni beli masa tunang. mahal ya rabbi (ai beli barang makeup mahal takpe benda lain ai berkira) hahahah buat hantaran tunang. dah ai memang tak biasa beli kain. beli pulak dengan suami masa tu. satu hari duduk jakel shah alam tu. habislaaaa RM1000 untuk sepasang baju ai dengan baju melayu dapat sampin skali. ai beli chifon beads tak beli lace. tapi lawa jugak lace kan. tapi takpe la. mane ada jer lah. hahahahaha so tempah baju (ai plus size jangan lupa) dekat Baks Creation Senawang tu. ai tempah dengan Yani comel. boleh pm dia lah kalau nak tempah baju nanti hehe segala macam baju ada bawak je contoh ok. tapi kain kene cukup laaaaaaaaaaaaaa
baju lelaki ai buat tempat biasa la Leads Tailor. masa collect baju Ady tokey tu bagi angpau. tq adyyyy kau mulut laser tapi sweet hahahahaah




rasa kerusi macam besar gila kan bila ai duduk hmmm

FAV PART : MAKEUP 
ahahahaha korang nak makeup light tanak heavy tanak cukur kening amek la um. kalau area kl ke selangor ke. kalau seremban amek ai ok hahahaha sempattttttttttttt hahahaha um paksa pakai lense. tapi betulla kalau makeup pakai lense memang lagi cantik. ai tamau pantis kening tu. tamau nonono. hehehehe lawa tak?
so minat sila lah contact Umzarul Makeup 






HANDBOUQUET / BROOCH BOUQUET
actually yang ni ai DIY. ai beli pearl masa dekat Sabah. ai did it on my own. sadly. my brooch bouquet dah gone. sedih................................. tanak citer banyak... emmmmm

kasut kahwin ai punya sendiri. ai beli kat this girl. geram-geram tengok kasut dia tau pegi klik kat Irdina Salleh
*kasut nak let go RM70 good condition siapa nak do let me know 0192928499* saiz 38 



habis part nikah. catering takde ibu ai masak sendiri. ahhahaha ok bersambung!! 








Tuesday, December 3, 2013

MAKE UP SERVICE

Uolss yang tengah survey makeup untuk wedding ke dinner ke all of you may click this KAKYA AMBAM MAKE UP BLOG

OR 

MAKE UP BY KAKYA AMBAM INSTAGRAM

AFFORDABLE RATES
NATURAL MAKE UP
UNTRIMMED EYEBROW
SIMPLE MAKE UP
SWEET AND SIMPLE MAKE UP 

Many thanks! 

Saturday, November 16, 2013

PENGUMUMAN PENTING

wey korang. ai baru perasan inbox dekat FB yang bahagian OTHERS tu banyak gila tanya pasal makeup and mostly pasal adha skin care. please please please. jangan inbox kat FB sebab memang tak perasan. kalau nak senang just text me or whatsapp 0192928499. paling frust bila ada yang tanya pasal makeup. mesti ada ingat kita sombong tak reply. siapa nak tolak rezeki oooiii. 

so take note ya?

muah. *dancing queen*

Monday, September 30, 2013

KENAPA PAVLOVA TAK JADI?

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Cewahh. Hari ni rasa terpanggil nak share pasal PAVLOVA.

Kenapa pavlova tak jadi?
Kenapa pavlova lembik?
Kenapa pavlova tak rangup?
Kenapa pavlova manis sangat?
Kenapa krim pavlova cair?
Kenapa pavlova kempis?
Kenapa pavlova susah nak buka dari baking paper?
Kenapa pavlova bancuh tapi tak gebu?
Kenapa pavlova bancuh tapi tak bertanduk?

Its all about meringue actually.

Meringue ni sensitif sebenarnya. Saya dah banyak kali buat eksperimen. Sekarang baru boleh bangga dengan pavlova sendiri. Saya dah cuba pavlova di delicious, serai dan alexis. Sedap yang serai dan alexis. Delicious meringue nya terlalu keras dan sakit kepala sebab too sweet.  

So ini tips random yer nak buat meringue yang baik.
  • Jangan ada setitik pon telur kuning.
  • Jangan ada setitik pon air.
  • Jangan ada setitik pon minyak / kotoran.
  • Masa pukul telur jangan terus masukkan gula. Pukul sampai berbuih putih. 
  • Masa masukkan gula jangan terus masukkan semua. Sabar, masukkan sikit-sikit tapi masa tu pakai kelajuan maksima.
  • Kalau saya buat saya stop kejap then gaul kan gula yang melekat dekat dinding bowl supaya rata gulanya. Then putar balik.
  • Panaskan oven dulu. Oven saya nak 150 darjah celcius.
  • Meringue kita tak sama macam mat saleh. Meringue diorang putih cantik kita punya akan perang-perang sikit. Maybe sebab telur lain / lebih esen vanila.
  • Masa masak tu kalau boleh jangan buka oven. Saya masak 1 jam. Suhu saya buat 140 darjah celcius.
  • Gula kalau boleh 1 cawan. Kalau takde penyukat pakai cawan polisterin yang putih yang selalu ada dekat open house ataupon party tu saya dah ukur memang ngam ngam 1 cawan. 
  • Kaup jer esen vanila tepung jagung dengan cuka. Dulu saya pakai lemon. Sekarang cuka jer. Lemon tak berapa mahir.
  • Gula kastor tau.
  • Lepas dah tamat waktu masak. Jangan bawak keluar. Bukak pintu oven sikit. Biar dia sejuk sendiri. Nak keluarkan boleh. Lepastu kempis la meringue awak.
  • Kalau dah masak sejam tapi cucuk lidi pastu lembik. Awak tambah 10 minit. 
  • Kalau pavlova sukar nak tarik dari baking paper, kemungkinan tak cukup masak.
  • Saya pernah kurangkan gula. Tapi pavlova saya lembik.
  • Pavlova ni akan mengambang gebu. So masa letak dalam loyang jangan rapat sangat ke dinding loyang. 
Apa lagi yer? Saya pon tak ingat, takpelah kalau tak sure just tanya. Cuma kepanasan oven ni berbeza ikut jenis oven. 

Saya cuba menghiaskan pavlova pakai nozel. Teringin betul nak buat corak. 


Percubaan saya buat strawberry dan chocolate pavlova. Rasanya? Cuba lah. Hahaha


Ini meringue saya. Saya memang tabur kan chocolate chip. Rasa? Cuba buat. :)


Masa ni tak tidur malam dok mengerjakan pavlova mini. Saya jual RM10 satu. Terlalu banyak order. Terpaksa stop. Pergi keje jadi mata panda. Hahaha


Strawberry pavlova. Pencinta Strawberry mungkin suka. 


Sebahagian order yang saya buat dalam satu malam. Bayangkan. Oven kecik. Aduhh letih sungguh kalau ingat balik.


Pavlova chocolate saya. 


Ini pavlova yang sekarang. Dah dapat rentak. Meringue pon dah kemas.


Ini yang paling bangga. Konon nak buat macam kulcats / delicious punya bentuk. Sekali jadi gemuk betul. 


2 layer saya. Nanti nak cuba 3 layer. 




Baby pavlova saya. Hodoh pulak krimnya.

Nanti saya update video sikit. Percayalah. Dah berpuluh ke beratus agaknya pavlova saya buat. Sekarang baru puas hati. Tersenyum senyum tengok meringue gemok gemok.

SELAMAT MENCUBA YA

*feeling macam kak ita blogger masakan famous tu*

Wednesday, February 20, 2013

AINI - NIKAH




alhamdullilah.dia suka makeup tu.
amin.